Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa dirinya sebahagian daripada apa yang dikenali sebagai 'Kelab Anti-Najib' (ANC).

"Dia seorang yang kesunyian, racauannya di blog dengan harapan menarik perhatian.

"Menyedihkan adalah perkataan yang saya akan gunakan untuk menggambarkan Raja Petra," katanya yang membidas penyelaras laman web Malaysia Today itu.

Raja Petra dalam satu artikelnya mendakwa Syed Ali cuba berbaik-baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melancarkan serangan halus.

Bagi pemimpin Umno yang lantang itu, beliau menyifatkan penulis blog berkenaan sebagai ‘tidak waras’.

"Tidak seperti Raja Petra, yang sering menukar-nukar kenyataannya, saya tidak menarik balik kata-kata saya.

"Saya sentiasa bercakap apa yang terluah dalam fikiran dan menyatakan pendapat politik dengan risiko mengundang kemarahan pemimpin Umno. Dan ini adalah kerana saya ahli parti," kata Syed Ali.

Mengisytiharkan bahawa dirinya menyokong semua pemimpin Umno, Syed Ali menafikan beliau mendalangi serangan terhadap Perdana Menteri.

"Sebaliknya, Raja Petra, sering beralih kem dan berkelakuan seperti sesumpah yang memuji-muji ahli-ahli politik yang berkuasa.

[Baca berita penuh]