Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menolak untuk membenarkan ikat jamin kepada peguam Kamal Hisham Jaafar yang menghadapi beberapa pertuduhan pecah amanah dan di bawah Akta Syarikat di Mahkamah Sesyen Johor Bharu.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif berkata, mereka menolak permohonan itu dan bersetuju dengan bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa ia tidak boleh dirayu.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Zamani A Rahim.

Kamal Hisham sebelum ini dikaitkan dengan sultan Johor terdahulu, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Ismail, dan mendakwa beliau tidak boleh berada di negara ini kerana bimbang dengan keselamatannya dengan kehadiran baginda.

(Beliau telah menggesa Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk turun takhta jika baginda mahu mengambil bahagian dalam politik.)

Dilaporkan Mahkamah Sesyen Johor Bharu mengenakan ikat jamin sebanyak RM700,000 dengan dua syarat supaya beliau menyerahkan pasport dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Mahkamah Tinggi Johor Baru telah membatalkan jaminan itu pada 21 September lalu.

Baca berita penuh