Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum membuat keputusan sama ada bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam prosiding pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB yang sarat hutang.

PAC hari ini mengadakan prosiding ke atas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan pengerusinya Datuk Hasan Arifin memberitahu pemberita bahawa keterangannya akan menentukan sama ada terdapat keperluan memanggil Bakke.

Bakke dijadual dipanggil esok akan keputusan itu ditangguhkan buat sementara waktu.

“Esok prosiding akan bersambung semula jam 9.30 pagi, kita akan panggil Lodin Wok lagi kerana banyak perkara terperinci dan perlu diperhalusi lagi.

“Mohd Bakke kita tentukan esok sama ada nak panggil dia atau tidak. Lagipun Lodin Wok berada di dalam 1MDB lebih lama berbanding Mohd Bakke yang hanya dua bulan sahaja,” kata Hasan.

Lodin telah menjadi pengerusi 1MDB selama lima tahun.

"Selepas Lodin selesai memberikan keterangannya, maka kita akan membuat keputusan jika terdapat keperluan untuk memanggil Bakke," kata Hasan pada sidang akhbar di bangunan sementara parlimen.

Menurutnya, prosiding itu akan disambung esok dan akan dimulakan lebih awal, iaitu pada jam 9.30 pagi kerana "masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS