Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR tidak ada masalah jika pemimpin parti itu menyertai sebarang program Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, hal itu kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai ikatan dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, PKR juga tidak pernah memberi komen kepada PAS apabila parti berkenaan mengambil keputusan untuk menghadiri acara bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Johari berkata ketika Pakatan Harapan ditubuhkan pada September tahun lalu, PAS tidak hadir walaupun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengutus surat jemputan.

“Tidak ada paperwork (yang mengikat) antara PAS dan PKR. Sebab itu kita menghormati apa sahaja tindakan dan kenyataan yang dibuat PAS.

"Begitu juga jika kita ambil tindakan untuk menghadiri mana-mana program oleh mana-mana parti pun, tiada yang mengikat kita.

“Saling hormat-menghormati keputusan parti dalam Pakatan Rakyat masih wujud apabila PAS berjumpa Umno, kita pun tak buat komen (apa-apa) kerana itu hak mereka.

PRU tak lama lagi

"Malah tidak wujud solid agreement (perjanjian bertulis yang mengatakan) tidak boleh buat ini, itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini PAS Kelantan menyatakan kekesalan mereka terhadap pimpinan PKR menghadiri program anjuran AMANAH di negeri itu dan meminta ia tidak diteruskan "demi kebaikan bersama".

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan seperti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan politik antara PAS dan PKR di negeri tersebut.

PAS - setakat ini - masih meneruskan gabungan politik dengan PKR namun memutuskan hubungan dengan DAP serta AMANAH. Pada masa sama PKR turut membentuk gagasan pembangkang di bawah Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH.

Sementara itu, Johari berkata, sekiranya PAS serius ingin bersama dalam Pakatan Harapan, parti itu dipelawa menyertai memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

“Majlis presiden akan berbincang dan membuka ruang kepada mana-mana parti lain mahu menyertai Pakatan Harapan. Tak ada masalah, apatah lagi pilihan raya umum sudah tidak lama,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS