Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mujahid persoal Tabung Haji lewat bayar dividen

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusof Rawa menimbulkan kebimbangan mengenai kelewatan Lembaga Tabung Haji mengisytiharkan dividen kepada sembilan juta pendeposit yang sepatutnya dilakukan pada 22 Januari.

"Kebanyakan pendeposit ini adalah orang Melayu Islam, dan Tabung Haji adalah sebuah institusi Islam, jadi apa yang telah kerajaan lakukan untuk mereka," katanya kepada Malaysiakini .

Mujahid berkata, walaupun Tabung Haji mempunyai tempoh sehingga Mac untuk mengisytiharkan dividen dan bonus, tindakan berdiam diri mengenai perkara itu menimbulkan persoalan mengenai kemampuan kewangan institusi terbabit.

"Bolehkah Tabung Haji menyediakan ahli dengan dividen yang menguntungkan? Adakah mereka mampu melayani pengeluaran daripada pendeposit?," soal Mujahid.

Mujahid juga mendakwa bahawa dividen Tabung Haji dan pembayaran bonus melebihi keuntungan tahunannya.

Berdasarkan laporan kewangannya daripada 2012 hingga 2014, jumlah purata untuk bonus dan dividen berjumlah 107 peratus lebih daripada keuntungannya, kata Mujahid.

Pada tahun 2014 misalnya, keuntungan Tabung Haji adalah RM2.98 bilion, tetapi dividen yang dibayar berlegar sekitar RM3.3 bilion, katanya.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS