Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mewajarkan Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikritik banyak pihak dengan mengingatkan rakyat Malaysia mengenai ancaman kumpulan militan IS.

Berucap di satu persidangan mengenai keselamatan di Kuala Lumpur, Najib berkata kerajaan tidak bertolak ansur demi melindungi negara daripada ancaman militan.

"Biar saya beritahu anda ini. Tiada kebebasan awam di bawah Daesh (IS) dan tiada perisai terhadap mereka yang melakukan tindakan keganasan.

"Jalan terbaik melindungi kebebasan awam adalah dengan memastikan keselamatan negara," katanya.

"Saya tidak akan meminta maaf untuk setiap langkah diambil bagi mengekalkan keselamatan dan menjadikan keselamatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan pertama saya," katanya.

Rang Undang-Undang MKN yang didakwa pengkritik boleh membawa kepada pemerintahan diktator, diluluskan parlimen pada 22 Disember 2015.

Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi Dan Memerangi Ancaman Keganasan 2016 adalah cetusan idea Najib yang diilhamkan semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dunia pada Oktober tahun lepas.

Acara yang julung kali diadakan itu juga dianjurkan hampir dua minggu selepas Jakarta digegarkan oleh serangan pengganas.

Baca berita penuh.