BERITA Malaysiakini

SKMM sekat tiga lagi laman web

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Suruhanjaya Multimedia Komunikasi dan Malaysia (SKMM) menyekat tiga lagi laman blog tempatan hari ini.

Blog berkenaan adalah syedsoutsidethebox, tabunginsider dan fotopages yang dikatakan tidak lagi boleh diakses sejak pagi tadi.

Wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan dalam blog miliknya memetik kemas-kini Syed Akbar Ali bertarikh semalam, di mana beliau mengesahkan sekatan SKMM itu.

Sementara itu, sebuah laman blog yang baru diwujudkan - tabunginsider - mendedahkan surat amaran yang didakwa dikeluarkan oleh Bank Negara ke atas pengurusan Tabung Haji.

Alasan di sebalik sekatan SKMM terhadap blog foto Minaq Jinggo a dalah tidak jelas.

Di kalangan pengamal media, beliau dikenali sebagai seorang wartawan foto bebas yang meliputi majlis a hli-ahli politik dari kedua-dua BN dan pembangkang.

[Baca berita penuh]