Ibu bawa kes tukar agama anak ke Mahkamah Persekutuan
Diterbitkan: Jan 28, 2016 7:15 PM | Dikemas kini: Jan 28, 2016 7:17 PM
Peguam yang mewakili guru tadika M Indira Gandhi hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung isu penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara unilateral atau satu pihak.
Peguamnya, M Kulasegaran mengesahkan permohonan kebenaran itu difailkan hari ini.
"Lapan persoalan undang-undang dibawa kepada mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan soalan-soalan berkenaan.
Mahkamah Persekutuan perlu memberikan kebenaran sebelum rayuan didengar.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.