Malaysia tak akan lupa

Malaysia tak akan lupa

Malaysia tak akan lupa

Kala perwira perwiranya disingkirkan

Malaysia tak akan lupa

Kala PAC dibubarkan

Malaysia tak akan lupa

Kala siasatan dicampurtangan orang berkepentingan

Malaysia tak akan lupa

Kala intelek rakyat dikerdilkan

Malaysia tak akan lupa

Kala politik wang diutamakan, rakyat diketepikan

Malaysia tak akan lupa

Kala rakyat ditindas, diperkecilkan, disenyapkan,

Mulut dikunci, tangan digari

Malaysia tak akan lupa

Kala nasihat Gabenor Bank Negara tidak diendahkan

Malaysia tak akan lupa

Kala saranan Badan Anti Rasuah tidak diacuhkan

Malaysia tak akan lupa

Peristiwa itu menakung air mata rakyat, suatu sejarah dalam rekaan; belum berakhir penceritaan. Dugaan apa lagi perlu kami tanggung? Derita banyak mana lagi perlu kami pikul?

Sampai bila perlu kita diam sahaja, memekakan telinga, menutup rongga, dan mulut kita bisukan?

sampai bila perlu kita diratah kuasa si pemegang takhta?

Sampai bila?

aku yakin pewaris bumi langkasuka bukan boneka tak berjiwa.

Buktikan pada semua

Bukan saja Melayu, namun Malaysia tak akan lupa!

Wahai bangsaku,

Berjuanglah!

Biar kejayaan menjadi penutup sejarah ini

Kerana perjuangan kita belum selesai.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pendebat terbaik Asia, dan pensyarah sambilan.