Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ramai juga pekerja yang berpandangan bahawa mempunyai lebih simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk masa depan adalah lebih baik daripada mempunyai pendapatan boleh guna dalam tempoh jangka pendek.

Dalam ucapan semakan Bajet 2016 Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan caruman wajib pekerja untuk KWSP yang dipotong secara automatik daripada gaji bulanan mereka, akan dikurang tiga peratus mulai Mac tahun ini hingga Disember 2017.

Langkah itu, kata Najib, adalah salah satu daripada 11 langkah utama untuk merangsang ekonomi dan akan meningkatkan perbelanjaan kepenggunaan swasta RM8 bilion setahun.

Nor Shazreen Sapuan, 35, tidak menyokong cadangan pemotongan itu, tetapi lebih suka mempunyai lebih banyak simpanan untuk mengumpul dividen.

"Ya, kita mungkin ada lebih banyak pendapatan (apabila sumbangan KWSP dipotong) tetapi dengan lebih banyak wang, kita juga akan banyak berbelanja.

"Adalah lebih baik kita simpan wang itu, sekurang-kurangnya kita akan mendapat dividen (daripadanya)," katanya kepada Malaysiakini.

Shazreen bekerja di jabatan perkhidmatan akaun di sebuah bank tempatan.

Putri, 26, seorang pegawai bank, juga lebih suka mempunyai lebih banyak simpanan dalam KWSP, sambil menegaskan bahawa permotongan sumbangan kepada KWSP bermakna dia akan perlu membayar lebih cukai pendapatan.

Sambil menyifatkannya sebagai bukan benar-benar satu langkah yang baik, Putri berkata ia sepatutnya kekal pada11 peratus.

"Tak apa jika kadar itu dinaikkan tetapi tidak patut dikurangkan.

"Saya suka lebih banyak simpanan KWSP, jika tidak, saya kena membayar cukai pendapatan," katanya.

Pilihan pekerja

Sementara itu, Arvind (bukan nama sebenar), 33, mengakui terdapat kebaikan dan keburukan langkah tersebut.

"Ia pasti akan meningkatkan bekalan wang di pasaran dan secara keseluruhannya, ia baik untuk ekonomi," katanya.

Bagaimanapun, katanta, wang simpanan pekerja pasti akan mengecut dalam tempoh dua tahun akan datang itu.

Arvind lebih suka carumannya untuk KWSP kekal pada 11 peratus seperti sekarang.

"Saya akan meminta majikan saya tidak memotong tiga peratus itu, jadi saya boleh mengekalkan simpanan minimum saya.

"Saya tidak mahu mengurangkan simpanan saya. Pada usia ini, saya perlu menyimpan lebih," katanya.

Namun, katanya, ia bergantung kepada setiap individu.

"Jika mereka mahu lebih banyak wang dalam poket mereka, teruskan. Tetapi jika mereka mendapati ianya masa untuk menyimpan, maka mereka harus berbuat sesuatu."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS