Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan Boko Haram, kanak-kanak dibakar hidup-hidup
Diterbitkan:  Feb 1, 2016 5:22 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

GLOBAL Sekurang-kurangnya 86 orang termasuk beberapa orang kanak-kanak terbunuh dalam satu siri serangan ke atas sebuah kampung di timur laut Nigeria.

Menurut seorang saksi, pejuang Boko Haram disyaki meletupkan pondok dan melepaskan tembakan ke arah orang awam pada petang Sabtu lalu di Kampung Dalori, lapor Al Jazeera .

Kesan daripada itu, ia menyebabkan beberapa badan yang dipenuhi peluru terlantar dan hangus bertaburan di jalanan.

Selain itu, lelaki bersenjata juga turut cuba menyerbu kem berhampiran Dalori- yang menempatkan kira-kira 25,000 pelarian. Bagaimanapun, ia dapat dihalang oleh tentera.

Saksi juga berkata, mereka mendengar jeritan kanak-kanak yang dibakar sehingga mati dan rumah serta pondok dibakar.

Mohammad Kanar, penyelaras kawasan daripada Agensi Pengurusan Kecemasan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa 86 mayat telah dikumpul pada petang Ahad.

Jurucakap Hospital Pakar Negeri di Maiduguri- antara bandar terbesar di timur laut Nigeria, iaitu kira-kira 10 kilometer dari Dalori- Abba Musa pula berkata, seramai 62 orang pula dirawat kerana terbakar.

Tentera Nigeria pada mulanya tidak mampu untuk melawan penyerang.

Penyerang Boko Haram hanya berundur selepas bantuan tiba bersama senjata berat, kata tentera.

Rantau di Tasik Chad- bersempadanan dengan Nigeria, Chad, Cameroon dan Niger- sering menjadi sasaran oleh Boko Haram dan keempat-empat negara itu telah membentuk pakatan bersama-sama Benin untuk melawan kumpul tersebut.

Perang antara Boko Haram dan kerajaan Nigeria telah membunuh 20,000 orang dalam tempoh enam tahun dan mendorong kira-kira 2.3 juta rakyatnya meninggalkan rumah masing-masing.

Lihat Komen
ADS