Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak munasabah Najib tak tahu mengenai RM42 juta, kata Zaid

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa adalah tidak munasabah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak mengetahui tentang dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau berkata demikian dalam afidavit sokongan ketika memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman ke atas keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tidak akan mendakwa perdana menteri.

Permohonan itu, antara lain, bertujuan mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa pendakwaan terhadap Najib mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan sedia ada.

Dalam afidavit sokongannya, Zaid berkata beliau memfailkan permohonan itu sebagai pembayar cukai yang mempunyai kepentingan yang sah.

"Ia seolah-olah penjelasan yang diberikan oleh Najib yang disampaikan oleh responden (Peguam Negara Mohamed Apandi Ali), melalui kenyataan media, adalah bahawa Najib tidak mengetahui mengenai pemindahan sebanyak RM42 juta itu ke akaun peribadinya.

"Secara hormat, saya berkata penjelasan yang diberikan oleh Najib adalah tidak munasabah memandangkan jumlah wang besar yang terlibat," katanya.

Zaid berkata Peguam Negara adalah mempunyai kewajipan untuk memulakan tuduhan jenayah terhadap Najib dan meletakkan keadaan mencurigakan mengenai wang berkenaan di hadapan mahkamah untuk penilaian hakim sama ada beliau bersalah atau pun tidak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS