Warga siber mungkin pernah mengusik Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar sebagai 'polis Twitter' kerana seringkali mengeluarkan arahan kepada orang-orangnya melalui laman twitter - tetapi kini, idea 'kepolisan Twitter' bukan lagi satu gurauan.

Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC), yang menyertai komuniti Twitter pada 11 Januari tahun ini, kini mengawasi mesej yang disiarkan oleh pengguna Internet di Malaysia.

Menggunakan pengendali Twitter @OfficialPcirc, ia setakat ini telah memaparkan beberapa mesej oleh warga siber yang dianggap sebagai keterlaluan dalam komen mereka, dengan memberi amaran kepada mereka bahawa mereka sedang diawasi atau lebih teruk lagi, dimaklumkan bahawa polis sedang mencari mereka.

Dalam tempoh kurang daripada sebulan sejak menyertai Twitter, PCIRC telah mengeluarkan sekurang-kurangnya tujuh amaran melalui Twitter.

Amaran yang berprofil tinggi adalah terhadap pengendali Twitter @kuasiswa, yang dikendalikan oleh aktivis terkenal Fahmi Reza.

PCIRC memberi amaran kepada Fahmi bahawa dia di bawah pemerhatian berhubung posting lakarannya pada 31 Januari yang memapar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak 'bermuka badut' dengan kata-kata 'Kita semua penghasut'.

Bukan Fahmi sahaja yang diberi amaran. Beberapa orang lagi turut ditegur oleh PCIRC, dengan sesetengahnya nampaknya adalah pengguna remaja.

Pada 29 Januari, pengguna Twitter @Amylia Azhar dimaklumkan oleh PCIRC di Twitter, bahawa dia akan disiasat oleh pihak polis berhubung kenyataannya mengenai Najib dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Siasatan akan dijalankan ke atas posting yang dibuat oleh pemilik akaun twitter ini @KBAB51 @PDRMsia pic.twitter.com/uQTi4sIKBX

— PCIRC OFFICIAL (@OfficialPcirc) January 29, 2016

[Baca berita penuh]