Menteri ingatkan PKR juga singkirkan MB mereka
Bukan sesuatu yang luar biasa apabila menteri besar yang tidak sehaluan dengan kepimpinan utama ditukar, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.
“Selangor pada 2014 adalah sebuah contoh klasik. Ketika menteri besar (ketika itu) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi sepakat dengan kepimpinan parti, mereka tukar beliau.
“Dan mereka tandatangan akuan bersumpah, yang dihantar kepada sultan Selangor bagi membuktikan Khalid (
gambar
) tidak lagi mendapat sokongan majoriti partinya.
Semasa kemelut itu, dinamakan Langkah Kajang, PKR berharap menggantikan Khalid. Timbalan Presidennya Azmin Ali akhirnya dilantik ke jawatan itu.
Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini , Salleh ditanya sama ada Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan kerana bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Salleh, menteri komunikasi dan multimedia, berkata keadaan sama berlaku di Terengganu dan Johor apabila menteri besar secara terbuka menyerang perdana menteri dan presiden parti.

