Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adenan temui PM berkaitan pilihan raya S'wak

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur malam tadi untuk membincangkan mengenai pilihan raya negeri ke-11.

"Pertemuan dengan perdana menteri pada malam tadi berlangsung dengan amat baik, itu sahaja yang dapat saya katakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara menandatangani perjanjian pembelian bekalan tenaga antara Sarawak Energy Berhad dan Malaysian Phosphate Additives (Sarawak) Sdn Bhd di Kuching.

Adenan enggan mendedahkan butiran pertemuan tersebut tetapi berkata beliau akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat pada sidang media.

Dalam pengumuman sebelum ini, Adenan mencadangkan supaya penamaan calon bagi pilihan raya negeri diadakan pada 18 April dan pengundian pada 20 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS