Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Raja-raja Melayu sedia campur tangan, jadi penyelamat'
Diterbitkan:  Feb 3, 2016 7:28 PM
Dikemaskini: 11:31 AM

Campur tangan istana dalam krisis menteri besar Kedah mungkin petanda bahawa Raja-raja Melayu mahu mengambil peranan lebih aktif dalam tadbir urus negara, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah.

"Istana Kedah berperanan proaktif yang sangat positif dalam menangani kemelut menteri besar untuk memastikan prosedur yang betul diikuti dan kepentingan rakyat terjamin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata krisis Kedah itu adalah episod terbaru dalam kebangkitan kerabat diraja yang menegakkan peranan mereka dalam sistem raja berperlembagaan di negara ini.

Raja Bahrin mengingatkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu telah memberi nasihat kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu 1MDB beberapa bulan yang lalu manakala Sultan Johor mengisytiharkan bahawa baginda akan membawa isu berkaitan agama dengan pihak berkuasa tertentu yang menurut perlembagaan adalah di bawah bidang kuasa raja-raja.

Raja Bahrin berkata kenyataan diraja itu adalah tindak balas kepada peningkatan pencerobohan kerajaan berhubung peranan mereka.

Mengambil contoh bagaimana kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara di Parlimen secara tergesa-gesa, katanya tindakan itu menghapuskan keperluan untuk mendapatkan persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Sebaliknya, ia membolehkan perdana menteri sahaja yang boleh berbuat demikian dan melantik majlis keselamatannya sendiri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS