Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjadi lembaga pengarah Tabung Haji secara percuma.

"Ada gaji atau tak? Tak ada gaji.

"Ini berlaku pada Januari, kebetulan kita ada satu kekosongan dan kuasa melantik adalah dari menteri. Saya tiada kuasa dan mereka (lembaga Tabung Haji) perlukan pengamal undang-undang.

"Kami kemudian ke pejabat peguam negara dan disoal sama ada, ada gaji atau tidak. Kalau tak ada gaji mereka (pejabat peguam negara) letak nama peguam negara," katanya.

Azeez juga berkata pelantikan Apandi bukan perkara baru kerana peguam negara lain pun pernah dilantik menjadi lembaga pengarah organisasi tertentu.

Katanya lagi, pelantikan Apandi dilakukan pada bulan ini selepas menerima surat Bank Negara yang menyentuh tentang rizab serta pelantikan lembaga pengarah bagi memantapkan pengurusan Tabung Haji.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Tabung Haji hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Baling itu juga berkata, terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan peguam negara menjadi lembaga pengarah bagi mana-mana organisasi.

"Kita tahu ada dalam peruntukan undang-undang Jabatan Peguam Negara yang mengatakan beliau boleh menjadi lembaga pengarah tapi tidak bergaji dan beliau (Apandi) juga merupakan lembaga pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Jadi sebenarnya pelantikannya ini adalah lebih kepada nak memberi bantuan kepada pendeposit kita," ujar Azeez lagi.

Bulan lalu, wakil Lembaga Tabung Haji mengesahkan bahawa Apandi dilantik menjadi lembaga pengarah mereka.

Bagaimanapun, beberapa pihak mempersoalkan lantikan itu, yang kebetulan dilaporkan pada hari sama beliau membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International.

Lihat Komen
ADS