Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasrat Zahid di Tahun Monyet: Cina kembali sokong BN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai beberapa permintaan sempena Tahun Baru Cina.

Dan salah satu daripadanya adalah untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN.

"Saya berharap pada tahun monyet ia akan menjadi lebih makmur," katanya ketika ditanya mengenai hasrat beliau untuk Tahun Baru Cina.

"Masalah politik dan ekonomi akan dapat diselesaikan dan saya harap masyarakat Cina akan kembali untuk bersama-sama dengan kerajaan," kata Zahid kepada pemberita pada majlis rumah terbuka MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Zahid mungkin berharap perkara itu menjadi kenyataan, tetapi ia juga menjadi usaha yang sukar bagi parti pemerintah untuk diatasi.

MCA - salah satu parti komponen utama BN - hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas, berbanding dengan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang diperolehi dalam pilihan raya umum 2008.

Kaji selidik Merdeka Center yang dijalankan tahun lalu mendapati sokongan kepada kerajaan berada pada paras terendah sebanyak 23 peratus, dengan hanya lima peratus daripada pengundi Cina menyokong kerajaan.

Lihat Komen
ADS