Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Izwan Abdullah, mualaf yang perperangkap dalam hak jagaan dengan bekas isteri Hindunya, berharap S Deepa akan terbuka hati untuk memeluk Islam suatu hari nanti.

Izwan atau nama asalnya N Viran berkata, beliau berharap Deepa akan mendapat hidayah seperti anggota keluarganya yang lain.

“Dia satu-satunya yang tidak peluk Islam (dalam keluarganya),” kata Izwan kepada pemberita di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Kakitangan sebuah NGO Islam itu juga berkata Mahkamah Persekutuan membuat keputusan betul dengan memberikannya hak jagaan anak lelaki dan Deepa pula diberikan anak perempuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintah Izwan Abdullah (N Viran) diberi hak jagaan anak lelaki, manakala bekas isterinya S Deepa diberi jagaan anak perempuan.

Keputusan dibuat berdasarkan hasrat anak-anak berkenaan.

Mahkamah juga memutuskan perceraian dan jagaan dalam perkahwinan sivil patut diputuskan oleh mahkamah sivil.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS