Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG gugur tuduhan hasutan terhadap Azmi Sharom
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 10:00 AM
Dikemaskini: 7:19 AM

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan tuduhan hasutan terhadap profesor undang-undang Universiti Malaya Azmi Sharom.

Perkara itu dinyatakan oleh AG dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi sebelum ini berdepan tuduhan menghasut berhubung satu kenyataan yang dibuatnya dalam artikel berita merujuk kepada krisis perlembagaan negeri Perak.

Menurut AG, demi kepentingan keadilan, dan selepas memeriksa keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pihak pendakwa di mahkamah, beliau menggunakan budi bicaranya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan memutuskan untuk meneruskan pendakwaan pertuduhan terhadap Azmi.

Perkara 145 (3) memberi kuasa mutlak dan eksklusif kepada Peguam Negara untuk memulakan dan menjalankan sebarang prosiding jenayah.

Apandi berkata kes hasutan yang sama melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah digugurkan sebelum ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS