Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
36 ditahan dalam operasi antijudi, maksiat di Muar
Diterbitkan:  Feb 12, 2016 3:15 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Sebuah pusat judi yang menawarkan perkhidmatan ala kasino mini di Muar, Johor digempur Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, malam tadi.

Dalam operasi itu, polis berjaya menahan 36 individu yang berada dalam premis berkenaan selain merampas kesemua peralatan judi bagi tujuan siasatan.

Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial beliau hari ini.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur pusat judi mini casino / maksiat di Muar, Johor, tangkap 36 orang dan rampas peralatan," katanya di Twitter.

Lihat Komen
ADS