Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Bantu BN menang di Selangor jika mahu peruntukan

Majlis Belia Selangor (MBS) diseru membantu BN memenangi semula Selangor sekiranya mahu mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Kalau nak peruntukan semula, kalau MBS nak diiktiraf semua, pastikan kita ambil semula kerajaan Selangor ni," kata Zahid.

Bercakap pada mesyuarat tahunan ke 32 MBS di Shah Alam, Zahid berkata golongan muda merupakan 40 peratus pengundi di negara ini.

"Belia perlu bersatu padu. 40 peratus pengundi adalah belia. Kuasa undi untuk belia," katanya.

Terdahulu Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan presiden MBS Datuk Irmohizan Ibrahim mendakwa majlis belia itu diketepikan oleh kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang kerana memihak kelab belia mereka sendiri.

Noh mengimbas semasa sambutan hari belia tahun lalu di Selangor sebagai contoh apabila kerajaan negeri melakukan diskriminasi terhadap MBS.

Beliau menggesa MBS bersabar sehingga BN menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Sekitar 1,000 belia menghadiri mesyuarat berkenaan hari ini, dengan kira-kira 200 perwakilan daripada pertubuhan sekolah menengah seperti pengakap dan Pandu Puteri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS