Kajian: Kaum Cina di Malaysia merasa lebih tertekan daripada kaum lain
Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata mereka hidup dalam suasana gembira, tenang dan sejahtera, tetapi masyarakat Cina pula melaporkan mereka merasa lebih tertekan daripada orang Melayu dan India.
Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata mereka hidup dalam suasana gembira, tenang dan sejahtera, tetapi masyarakat Cina pula melaporkan mereka merasa lebih tertekan daripada orang Melayu dan India.
Menurut satu kajian, majoriti atau 70 peratus rakyat Malaysia yang ditemui, berkata mereka menjalani kehidupan yang selesa. Kajian itu dijalankan oleh Friedrich Naumann untuk akhbar New Straits Times .
Menurut laporan akhbar tersebut, masyarakat Melayu dilihat menjalani kehidupan yang tenang, diikuti oleh kaum India, manakala seorang bagi setiap lima rakyat Malaysia keturunan Cina berkata, mereka merasa menghadapi tekanan.
Masyarakat Melayu merupakan 55 peratus daripada rakyat Malaysia, 25 peratus kaum Cina dan 7.5 peratus kaum India.
Melayu luar bandar
Menurut akhbar itu lagi, satu punca wujudkan tingkatan tekanan yang berbeza antara kaum itu ialah kerana ramai kaum Melayu yang ditemui adalah dari kawasan luar bandar yang menjalani di desa yang permai dan tidak sibuk.
Satu lagi sebab ialah pakar sosiologi selalu berkata kaum Melayu dan India sentiasa bersyukur dengan kehidupan mereka, berbanding dengan kaum Cina yang lebih menekankan kepada mencapai matlamat dan cita-cita hidup mereka.
Kajian itu juga menunjukkan orang miskin biasa berkata mereka hidup gembira berbanding dengan mereka yang mempunyai banyak wang, dan semakin meningkat umur mereka , semakin bahagia hidup mereka.
Tanpa memberi pecahan angka, akhbar itu melaporkan, mereka yang berumur melebihi 55 tahun, lebih bahagia dalam kehidupan mereka berbanding dengan mereka yang berumur di bawah 30 tahun.
Manakala pasangan yang sudah berkahwin, tambah laporan tersebut, juga lebih bahagia dan menjalani kehidupan yang aman dan tenteram.
- AFP

