GLOBAL Sebanyak 20 negara, termasuk Malaysia, dilapor menyertai operasi ketenteraan “terpenting” di Arab Saudi dalam kempen menentang “keganasan” pemberontak yang disokong Tehran di sempadan Yaman.

Gabungan “antikeganasan” itu dilapor berkumpul di utara negara itu untuk menghantar mesej jelas bahawa Riyadh dan sekutunya “bersama menentang semua cabaran selain mempertahankan keamanan dan kestabilan serantau”

Pengumuman itu dibuat semalam selepas kerajaan itu, sebagai anggota kempen Amerika Syarikat menentang kumpulan bersenjata IS, berkata sudah mengerahkan pesawat ke pangkalan udara Turki untuk mengiatkan operasi anti-IS di Syria.

Agensi Berita Saudi (SPA) tidak menyebut bila operasi itu akan bermula dan berapa lama ia akan berlangsung.

SPA, menurut AFP, bagaimanapun menggelarnya sebagai “terpenting dan terbesar dalam sejarah serantau”, daripada segi jumlah negara mengambil bahagian dan persenjataannya.

Selain Malaysia, negara mengambil bahagian termasuk Chad, Mesir, Jordan, Maghribi, Pakistan, Senegal dan Tunisia, selain lima sekutunya dalam Majis Kerjasama Teluk.

Sumber Saudi pada Khamis berkata gabungan antikeganasan akan berkumpul di negara itu dalam masa sebulan untuk mesyuarat pertamanya yang diumumkan.

Menurut Riyadh, gabungan itu akan berkongsi maklumat risikan, menentang ideologi ganas dan mengerahkan tentera jika perlu.