Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pasukan keselamatan menyiasat dakwaan amalan rasuah di Balai Polis Trafik Jalan TUn HS Lee, Kuala Lumpur.
Khalid membuat arahan itu kepada Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) di Twitter, susulan dakwaan seorang pengguna akaun @timothydavid5.
“PCIRC @PDRMsia panggillah @timothydavid5 di bawah untuk bantu siasatan kita ekoran tohmahannya,” tulis Khalid di media sosial itu.
Khalid turut memuat naik rakaman layar yang menunjukkan lelaki itu yang mendakwa penjaga kaunter pembayaran di balai itu secara terbuka meminta rasuah untuk menyelesaikan saman.
Berdasarkan profil, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai “Saya Suka Hasut ( I love to speak truth )” dan mahu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.
Lelaki itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan Khalid yang merujuk kenyataannya sebagai “tohmahan”.
“Helo @KBAB51 Tohmahan? Belum siasat I dah buat kesimpulan sebagai tohmahan? Hebat!” sindirnya.
Dia juga mengulas kritikan pengguna maya lain yang mempersoal tindakannya membuat dakwaan itu di media tetapi tidak melaporkannya.
“Kalau @KBAB51 boleh buat laporan melalui Twitter kenapa, I tak boleh?
