Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DLP 'dipolitikkan', menteri gesa aktivis rujuk web
Diterbitkan:  Feb 15, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa terdapat usaha mempolitikkan Program Dwibahasa (DLP) – program untuk mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

“Saya kesal DLP dipolitikkan oleh pihak tertentu sedangkan matlamatnya adalah untuk memberi akses kepada pendidikan berkualiti bagi membolehkan anak-anak bangsa Malaysia mendepani cabaran abad ke 21 dengan penuh gemilang,” katanya.

Menegaskan kerajaan komited melaksanakan agenda proaktif demi masa depan pelajar, beliau turut meminta sebarang persoalan dirujuk di laman DLP kelolaan kementerian.

Laman itu mengandungi pelbagai maklumat berkaitan pengajaran dan pentaksiran serta pengoperasian untuk dimuat turun.

Kenyataan Mahdzir itu dikeluarkan di Facebook beliau beberapa jam selepas kumpulan aktivis bahasa Melayu, disokong beberapa sasterawan negara, NGO dan parti politik pembangkang, melancarkan kempen anti-DLP hari ini.

Acara di depan sebuah pusat membeli-belah di ibu negara itu dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang ditubuhkan beberapa tahun lalu bagi menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains Matematik dan Bahasa Inggeris (PPSMI) sehingga ia dimansuhkan.

DLP dianggap aktivis bahasa sebagai cubaan mengembalikan PPSMI melalui pintu belakang.

PANDUAN : Apa sebenarnya DLP yang ditentang aktivis bahasa?

Lihat Komen
ADS