Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaman sekolah, saya curi-curi kerja, kata anak Zahid
Diterbitkan:  Feb 16, 2016 11:38 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Berikutan bidasan ke atasnya berhubung pekerjaan kolar biru, anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid mendedahkan bahawa beliau pernah mencuri-curi kerja di Medan Selera di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Beliau mempertahankan dirinya selepas akaun parodi popular, Amran Fans membangkitkan dakwaan hati rakyat negara ini yang sering disakitkan para menteri.

"Awak tak nak nak tahu berapa gaji saya selepas tamat pengajian dulu?

“Gaji saya adalah sebanyak RM1,700 dan ketika itu bapa saya bukan seorang menteri pun.

"Masa zaman sekolah dulu, saya curi-curi kerja Medan Selera kat Jaya Jusco, Alpha Angle Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket," kata Nurul Hidayah dalam akaun Instagram.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas warga maya yang mendakwa bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan keluarganya adalah “orang atasan” yang tidak faham apa yang sedang dilalui oleh rakyat.

Menurut Nurulhidayah, bahawa dirinya juga adalah rakyat, dan bukan sebahagian daripada golongan atasan.

"Saya bukan dari golongan mana-mana istana atau anak raja.

"Jadi, tolong faham di sini, awak sepatutnya berada di kasut saya dan bukannya saya berada di kasut awak.

"Banyak isu memerlukan penyelesaian bersama bukan tambah masalah secara berjamaah,” katanya.

Beliau sebelum ini berkata mereka yang memfitnahnya perlu meminta maaf pada hari akhirat kelak.

Bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencabar belia di Malaysia melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja asing di bawa masuk.

Kerajaan sebelum ini dipalit kontroversi selepas dilapor hendak membawa masuk ramai 1.5 juta pekerja asing daripada Bangladesh.

Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama selepas itu bagaimanapun menjelaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir 900,000 orang.

Lihat Komen
ADS