‘Kepincangan kepimpinan, Malaysia hilang gemilang
ULASAN l Kekusutan derita perang Syria makin belarutan tampa nampak penghujungnya. Derita rakyatnya makin bertambah makin hari dari pengeboman dua kuasa besar dunia Amerika dan Russia.
Di antara beratus ribu mangsa utama adalah kanak kanak, orang tua dan remaja. Dalam masa itu Menteri Kanan Malaysia menyatakan di antara 3,000 pelarian Syria yg akan dipertimbangkan untuk diterima adalah dari kalangan doktor, jurutera dan kalangan cerdik pandai untuk membantu membangun Malaysia!
Adakah prioritinya Malaysia yg perlu dibantu untuk membangun oleh rakyat Syria? Atau rakyat Syria yang sedang dibunuh beramai ramai yg perlu diselamatkan nyawa mereka terdahulu olih Malaysia?
Di manakah semangat peri kemanusiaan kita di saat saudara sesama Islam ditimpa bencana sebegitu rupa?
Negara bukan Islam Jerman, Perancis dan Itali menerima beratus ribu pelarian perang dari Syria, Irak dan Palestin sementara Malaysia sedang berkira kira benar untuk menghulur talian hayat kepada mangsa kezaliman perang ganas yg berpanjangan.
Dulu Malaysia mengkritik hebat Amerika dan Australia yg memilih pelarian Vietnam dari kalangan golongan profesional saperti doktor, akauntan dan jurutera sahaja.
Tetapi Malaysia yang pernah menjadi pengerusi OIC dan megah sebagai kononnya model negara Islam yang maju menunjukan contoh yang memalukan.
Persaudaraan Islam
Adakah kriteria pengambilan di atas pertimbangan peri kemanusiaan atau pemilihan perkerja komersial untuk bantu membangun Malaysia?
Pengumuman pengambilan 1.5 juta perkerja dari Bangladesh tidak mengletak apa apa kriteria pun atas latarbelakang kemasukan mereka. Yang nyata adalah kroni yg bertuah yang boleh mengutip RM3,000 seorang untuk keuntungan besar komersial yang lumayan.
Pelarian Syria yang akan dipilih walau pun lebih berkualiti latarbelakang mereka, tidak akan boleh mendatangkan pulangan kapitalist lumayan dari aktiviti "perdagangan manusia" kepada kroni tertentu.
Di mana letaknya semangat persaudaraan Islam dan peri kemanusiaan apabila faktor keuntungan kewangan mengamit kroni sang menteri menteri berkenaan?
Turki yg mempunyai 60 juta penduduk telah menerima 2.5 juta pelarian Syria dan memberi permit kerja kepada mereka.
Kita yang mempunyai hanya 30 juta penduduk dan menerima berjuta juta perkerja asing bermutu rendah termasuk perkerja pendatang tampa izin,hanya sedang menimbang untuk menerima 3,000 pelarian Syria latar belakang profesional! Oh Malaysia ku!
Chancelor Jerman Angela Merkel serta rakan nya dari Perancis menerima kecaman hebat dari rakyat sendiri kerana kemasukan berjuta orang Islam. Negara Jerman mempunyai 4 juta orang Islam dan Perancis hampir sama ramainya.
Hantar tentera
Pemimpin mereka menghadapi risiko politik tinggi dari rakyat sendiri. Di Malaysia, rakyat Islam terutamanya akan mengalu alukan kedatangan pelarian Syria.
Mengapa kerajaan Malaysia tidak menyambut mereka? Kerana tiada keuntungan komersial bagi kroni kroni agaknya? Kerana itu juga pelarian bot Muslim Rohingya ditolak ditengah tengah laut!
Yang mengejutkan pula Malaysia menghantar angkatan tentera bersama 20 negara lain untuk berlatih dengan tntera Arab Saudi untuk operasi ketentraan darat di Syria.
Kita sedia tahu kemelut Syria menjadi lebih parah apabila dua kuasa besar Amerika dan Russia mula membekalkan senjata kepada perbagai pihak supaya peperangan merebak dan mereka sendiri mengebom kawasan awam orang Islam.
Soalan utama di sini. Di Timur Tengah - apa telah terjadi kepada polisi Malaysia sebagai negara berkecuali (non alligned nation) sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin? Situasi di timur tengah jelas menjadi medan peperangan proksi antara Amerika dan Russia.
Di rantau Asia Pasifik pula mengapa Malaysia mengambil sikap berpihak begitu rapat dengan Amerika. Penglibatan dalam TPPA adalah satu contoh ke arah ini di mana TPPA adalah untuk membentuk blok ekonomi Amerika menyekat kemaraan ekonomi Cina. Adakah ini langkah bijak?
Hilang status
Di kalangan negara Islam pula Malaysia telah lama hilang status sebagai peneraju negara OIC yang pernah dipegang zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Status sebagai model negara Islam yang maju dan progresif era Tun Dr Mahathir Mohd telah juga hilang dan kini diterajui oleh Turki.
Apa lagi yang tinggal pada Malaysia selain dari reputasi di antara negara rasuah terburuk setanding dengan taraf negara dunia ketiga dari Afrika dan kini merosot empat empat lagi dari pada rangking tahun lepas.
Yang jelas adalah Malaysia telah lama hilang arah tuju baik di peringkat antarabangsa dan juga di dalam negara. Pemimpin negara telah menunjukan sikap yang amat lemah dan hilang segala wibawa.
Yang paling anehnya negara dan masyarakat luar lebih menyedari dan hairan hal ini boleh berlaku kepada kita sementara kebanyakan rakyat Malaysia sendiri masih selesa dan tidak mengambil pusing kehancuran nilai dan negara kita yang pernah di kagumi dunia luar.
Mungkin hanya apabila rakyat berasal dari Bangladesh, Nepal, Indonesia dan Sulu menjadi majoriti di Malaysia barulah perubahan pemerintah akan berlaku.
Mungkin mereka lebih boleh menghargai apa yang kita pernah miliki dari kita yang senantiasa di buai oleh subsidi, BR1M dan laungan hidup Melayu yang kosong.
Adakalanya orang luar dapat menglihat serta lebih menghargai apa yang kita pernah miliki dari kita sendiri. Trajedinya, mungkin pada masa itu sudah terlambat untuk anak dan cucu kita.
Penulis (atas, kanan) adalah Pengerusi Biro Antarabangsa, Parti Amanah Negara dan juga ahli parlimen Kuala Terengganu

