Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: Muhyiddin kena belajar dari Ismail pertahan ketua

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Ketua Umno bahagian Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya belajar dari timbalannya, Ismail Mohamed untuk mempertahankan pemimpin sendiri.

“Banyak pengajaran yang dia (Muhyyiddin) kena belajar dari timbalannya, tapi sudah jadi tugas timbalan untuk pertahankan ketua, jadi Muhyiddin perlu belajar dari timbalan,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, Nazri menggesa Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno supaya turut mempertahankan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak seperti yang dilakukan oleh Ismail.

Semalam Ismail menyelar kenyataan Nazri yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya.

Sebaliknya Ismail pula mendakwa Nazri ''suka menyodok membabi buta" dan tidak perlu dilayan.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, Ismail tidak mempunyai sebarang fakta untuk menangkis hujahnya terhadap Muhyiddin.

Malah jelasnya, sudah menjadi kewajipan orang kanan untuk mempertahankan pemimpin sendiri.

“Sebenarnya, dia cakap menyodok tu dia cakap pasal diri dia, sebab dia tak ada fakta untuk menangkis hujah saya.

“Dia tak ada apa-apa pun nak menyatakan menyodok sebab bukan hujah…

“Tapi saya 'admire' dia walaupun tidak ada hujah, dia keluar kenyataan pertahankan ketua bahagian dia, kerana dia memahami tugas ketua bahagian dia,” katanya.

Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata Muhyiddin melakukan serang berterusan yang dianggap melampau terhadap perdana menteri yang juga adalah presiden Umno.

Justeru, Nazri akan membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

Lihat Komen
ADS