DAP dakwa biasiswa JPA kini ditukar jadi pinjaman
DAP hari ini mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menukar dasar pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang menjadi pinjaman pendidikan berkuatkuasa mulai tahun ini.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata pelajar terbabit bersama dan ibu bapa mereka telah menghubungi dan memaklumkannya mengenai perubahan itu yang mendorong beliau mengadakan sidang akhbar hari ini.
"Ini adalah satu perubahan dasar yang tidak adil. Saya rasa ini tidak betul sama sekali.
"Apa-apa perubahan dasar tidak boleh dilakukan begitu sahaja dan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sebarang perbincangan atau rundingan," katanya.
Loke mendakwa perubahan itu dinyatakan dalam laman web JPA tetapi siasatan lanjut mendapati tidak ada kenyataan rasmi daripada JPA mengenai isu berkenaan.
[Baca berita penuh]

