Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

10 anak muda M'sia dalam senarai diperhatikan Forbes

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sepuluh rakyat Malaysia dimasukkan dalam senarai 30 anak muda bawah 30 tahun Asia kelolaan majalah kewangan Forbes untuk diperhatikan pada tahun ini.

Senarai “30 under 30 Asia 2016” itu dikeluarkan hari ini berdasarkan sepuluh kategori dinilai juri-juri yang merupakan peneraju dalam bidangnya di peringkat serantau.

Para juri termasuk pelakon terkenal Michelle Yeoh, presiden pengasas Google China Kaifu Lee dan Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Turut menjadi juri Ruth Elliot, pengasas Daughters of Cambodia, NGO yang merintis kerjasama dengan mangsa penyeludupan manusia dan Angie Lau, pemimpin Kumpulan Clover, syarikat di belakang produk terkenal Victoria's Secret.

Sepuluh anak muda Malaysia itu disenaraikan dalam enam kategori, iaitu sukan dan hiburan, seni, perniagaan dan perdagangan elektronik, kewangan dan modal teroka, usaha sosial serta pembuatan dan tenaga.

(1) Yunalis Mat Zarai’ai (Yuna), 29, penyanyi dan pengusaha

Yuna kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat selepas menandatangani kontrak dengan label Verve Records. Beliau berpeluang bekerjasama dengan penerbit terkenal seperti Pharell. Anak Perlis itu juga mengasaskan jenama pakaian November Culture dan pusat fesyen iamjetfuel

(2) Yeoh Choo Kuan, 27, seniman kontemporari

Yeoh menggunakan catan sebagai medium utama untuk mengambarkan persekitaran keluarga tradisi Cina di Malaysia. Pamerannya di Hong Kong menarik perhatian antarabangsa.

(3) Wee Kiat Teoh, 27, pengasas myBurgerlab

Wee mengasaskan francais myBurgerlab pada 2012. Perniagaan itu kini mempunyai empat kedai dan 120 pekerja. MyBurgerlab kini merancang mengembangkan perniagaannya di Malaysia dan Asia Tenggara.

4) Faeez Fahdillah, 29, CEO dan pengasas bersama Tripfez

Tripfez yang diasaskan pada 2013 menawarkan pakej pelancongan mesra Islam dan khidmat nasihat makanan halal. Beliau percaya mengembara mampu memberikan inspirasi kepada manusia dan berharap melalui Tripfez lebih banyak orang Islam mengalami pengalaman itu.

5) Ian Chua, 27, CEO dan pengasas bersama Hermo

Chua memikirkan idea sebuah kedai sehenti atas talian untuk barangan kosmetik mampu milik ketika menuntut di Universiti Adelaide, Australia. Hermo kini memberi perkhidmatan kepada 150,000 pengguna.

[Baca berita asal]