Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan akhir pengauditan 1MDB 4 dan 7 Mac - PAC

Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijadualkan semula pada 4 dan 7 Mac ini selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, berkata mesyuarat itu dijadualkan semula kerana kebanyakan anggota PAC berada di luar negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan mempunyai komitmen penting.

"Mesyuarat dijadualkan semula pada tarikh baharu itu memandangkan semua anggota PAC telah kembali ke tanah air dan selesai dengan urusan masing-masing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, PAC menegaskan bahawa ia kini memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Selepas itu, ia akan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.

- Bernama

Lihat Komen
ADS