Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenapa tak hadir bela diri, Shahrizat tanya Muhyiddin

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mempersoalkan kenapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir untuk membela diri walaupun diberi peluang untuk berbuat demikian sebelum beliau digantung dari jawatan timbalan presiden Umno.

Shahrizat berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin hari ini yang berkata penggantungannya yang diputuskan semalam tidak mengikut prosedur tatatertib.

"Saya bagi pihak Wanita Umno Malaysia amat terkilan dan sedih kenapa Tan Sri Muhyiddin tidak hadir (mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno) semalam, walhal dia telah dimaklumkan semalam kita ada mesyuarat MT.

"Kita harap Tan Sri Muhyiddin akan menbuat penjelasan (tentang) beberapa desas-desus mengenai program dan majlis kempen anti-Najib yang melanggar peraturan dan semangat perjuangan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat itu, ia adalah satu majlis yang terbaik untuk beliau membela dirinya.

"Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden, tugas untuk bantu presiden adalah jelas," katanya.

Semalam, MT memutuskan untuk menggantung jawatanya Muhyiddin sebagai timbalan presiden ekoran kritikannya terhadap Najib.

Muhyiddin, yang telah digugurkan sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas, meningkatkan kritikannya terhadap Najib selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak untuk mendakwa perdana menteri.

Ini berhubung dakwaan Najib menerima RM42 juta dari syarikat milik kerajaan, SRC International dan RM2.6 bilion dari akaun luar pesisir, ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib telah menafikan sebarang salah laku tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merayu terhadap keputusan untuk tidak mendakwa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS