Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jika 100,000 hadir, kita adakan 20 perhimpunan anti-Najib'
Diterbitkan:  Feb 29, 2016 3:52 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi menggesa rakyat supaya menyertai perhimpunan 27 Mac ini bagi membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan terbaru di blog, katanya, rakyat mesti berani dan memberi jaminan bahawa ruang adalah mencukupi bagi menampung jumlah hadirin yang besar.

Menjawab soalan, bekas ahli parlimen Umno itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menjangka bilangan yang sebegitu besar.

"Jika 100,000 orang mahu datang, kita boleh buat 20 kali.

"Ia tetap diadakan di tempat tertutup kerana kita mahu berucap. Lebih kondusif untuk berucap di tempat seperi itu," katanya.

Mengenai lokasi itu, Zaid berkata beliau masih belum membuat keputusan kerana masih ada sebulan lagi.

Sebelum ini, bekas menteri itu menafikan perjumpaan berkenaan adalah satu perhimpunan awam dengan berkata beliau tidak bertindak seperti badan pemantau pilihan raya, BERSIH.

Beliau berkata demikian selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran.

Dalam blognya, Zaid juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada pengkritik yang membidas tindakan dan dasar-dasarnya semasa menerajui negara.

Beliau berhujah bahawa Mahathir menyertai politik semasa era berbeza dan merayu kepada semua pihak agar mengketepikan perbezaan mereka dan berganding bahu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Soalannya adalah mudah: adakah kita percaya Mahathir, Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Mat Sabu, Ambiga Sreenevasan, Tuan Ibrahim Tuan Man (dan ramai lagi anak muda Malaysia) yang ikhlas mahu menyelamatkan negara ini?

"Adakah anda fikir bahawa mereka mahu melindungi dan mempertahankan maruah dan integriti negara, yang telah dikompromi? Tidakkah anda berfikir bahawa Najib adalah punca masalah ini?

"Jika jawapannya ya, maka kita perlu bermula dari awal, berani dan berhimpun pada 27 Mac sebagai rakyat supaya kita boleh memberitahu yang lain bahawa sudah tiba masanya untuk mengisytiharkan bahawa masa depan negara ini adalah di tangan kita.

"Rakyat mesti berjanji untuk bersatu dan menjadikan Malaysia lebih hebat. Kita tidak boleh membuang masa bertengkar mengenai perkara lampau. Yang sudah, sudahlah,” katanya.

Lihat Komen
ADS