Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakistan gantung pembunuh gabenor sokong 'penghina agama'
Diterbitkan:  Feb 29, 2016 4:11 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

GLOBAL Kerajaan Pakistan telah menjalankan hukuman gantung terhadap seorang pembunuh gabenor yang berusaha untuk membuat reformasi terhadap undang-undang menghina agama di negara itu.

Mumtaz Qadri – yang diraikan sebagai wira oleh ramai – digantung di penjara di Rawalpindi pada pagi Isnin, lapor Al Jazeera .

"Saya boleh sahkan bahawa Qadri telah digantung di penjara Adialia pada awal pagi Isnin ini," kata pegawai kanan polis tempatan, Sajjid Gondal kepada agensi berita AFP .

Selain itu, seorang pegawai penjara mengesahkan hukuman tersebut dijalankan terhadap Qadri yang membunuh Gabenor Punjab, Salman Taseer pada 2011.

Berpuluh-puluh renjer dan polis antirusuhan serta ambulans telah ditempatkan di luar rumah Qadri di ibu kota pada awal pagi Isnin ini.

Semasa perbicaraan, pihak pembelaan Qadri menyebut Taseer kononnya menentang "undang-undang menghina agama" di Pakistan dengan memberi sokongan terhadap seorang wanita Kristian Asia Bibi yang didakwa memijak al-Quran.

Qadri disabitkan kesalahan dan dihukum pada akhir 2011. Namun beliau dilihat sebagai seorang wira oleh orang ramai yang berpendapat Taseer seorang penghina agama.

Isu penghinaan terhadap agama merupakan isu kontroversi di Pakistan dan perusuh yang berang telah membunuh ramai orang yang didakwa menghina Islam di negara majoriti Muslim itu.

Undang-undang bagaimanapun tidak mendefinisikan kesalahan itu tetapi menetapkan hukuman mati terhadapnya.

Pada 1990, berpuluh orang telah dibunuh di luar bidang kehakiman kerana kes itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS