Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tun M mahu bunuh Umno, kata Annuar Musa
Diterbitkan:  Feb 29, 2016 8:21 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno sudah lama diduga selepas strateginya untuk 'menumpaskan' Datuk Seri Najib Razak dan mempengaruhi ahli parlimen gagal, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

"Strategi terbaru ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh Umno sebagai kaedah terakhir menewaskan Najib.

"Pendekatan ini didorong pengalaman Tun M di mana beliau bersedia mengorbankan Umno demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya," kata Annuar dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Menurut Annuar, kerajaan Umno Kelantan pernah 'dibunuh' Mahathir dalam usahanya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah.

Begitu juga kerajaan Umno di Pulau Pinang dan Selangor dalam strateginya menewaskan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Annuar.

"Tun Mahathir sanggup memberi "hadiah" kepada PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

"Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun M tidak teragak agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.

"Itu lah Tun M dalam lipatan sejarah perjuangannya," kata Annuar.

Keluarganya sudah jadi bilionaire

Menurut Annuar lagi, bagi Tun M, bekas perdana menteri itu tidak rugi apa-apa kerana beliau dan keluarganya sudah mempunyai segala-galanya malah tersenarai dalam golongan bilionaire dan terkaya di Malaysia.

"Membunuh Umno juga satu jalan paling selamat buat Tun M untuk menjadikan beliau "darling of opposition"

"Dengan itu beliau berjaya menukar 23 tahun kebencian dan harassment pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan Umno," katanya.

Lihat Komen
ADS