Calon pilihan Presiden, Donald Trump dari parti Republikan dan Hillary Clinton yang mewakili parti Demokrat hampir pasti mencapai matlamat bertanding pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat selepas masing-masing mencatat kemenangan besar pada pengundian penting yang digelar sebagai Super Tuesday.

Berdasarkan keputusan awal hari ini, Trump menang lima daripada 11 negeri, sekali gus menjarakkan diri daripada pencabarnya, Ted Cruz.

Clinton pula tidak berdepan masalah untuk mengenepikan cabaran lawannya, Bernie Sanders.

Pengundian Super Tuesday adalah ujian paling getir bagi menentukan peluang calon dari Parti Republikan dan Parti Demokrat untuk bertanding menggantikan Presiden Barack Obama.

[Baca berita penuh]