Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes TBH: MP bangkit isu pegawai naik pangkat lagi

Wakil rakyat DAP Teo Nie Ching menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sekali lagi menaikkan pangkat seorang pegawainya yang dikaitkan dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Semalam diumumkan bahawa Hishamuddin Hashim dinaikkan pangkat sebagai pengarah bahagian risikan SPRM. Beliau sebelum ini bertugas sebagai pengarah SPRM Sabah.

Nie Ching berkata walaupun Mahkamah Rayuan pada September 2014 memutuskan bahawa kematian Beng Hock disebabkan tindakan melanggar undang-undang seseorang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada seorang pun daripada SPRM dipertanggungjawabkan atas kematian itu.

“Keputusan Mahkamah Rayuan hanya menjadi penghakiman mahkamah dan tidak memberikan sebarang perubahan,” katanya.

Hishamuddin sebelum ini dilantik sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan selepas kematian Teoh.

Beng Hock ditemui meninggal dunia pada Julai 2009 selepas jatuh daripada tingkat sembilan bangunan SPRM Selangor, tempat mendiang ditahan semalaman untuk soal siasat.

Hishamuddin ketika itu bertugas sebagai pengarah SPRM Selangor.

Beliau, bersama-sama dengan dua anggota SPRM lain, telah disebut oleh suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung kematian Beng Hock.

Kerajaan pada Mac tahun lalu berkata hak Hishamuddin tidak boleh dinafikan oleh "andaian" dia ada kaitan dengan kematian Beng Hock.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS