Shafie, Mukhriz adakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin
Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatnnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mengadakan pertemuan tertutup dengan naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Kuala Lumpur hari ini.
Ketiga-tiga mereka dijangka mengadakan sidang akhbar bersama pada bila-bila masa sekarang berhubung status mereka di dalam Umno.
Spekulasi telah bertiup kencang Muhyiddin juga akan mengikut jejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar parti, Isnin lalu kerana membantah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz semuanya digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana lantang membidas Najib dan pentadbiran BN.
Muhyiddin menerima tamparan Jumaat lalu apabila beliau digantung sebagai timbalan presiden Umno oleh Majlis Tertinggi.
[Berita penuh menyusul]

