Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tampil satu lagi kumpulan belia, kali ini pertahan Najib
Diterbitkan:  Mar 3, 2016 12:00 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Selepas kumpulan belia Challenger menyuarakan pendapat bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Razak memusnahkan negara, satu lagi kumpulan belia tampil dalam mempertahankan perdana menteri.

Semalam, Challenger - iaitu singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “perubahaan yang diterajui generasi muda” - berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan yang menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

Namun, kali ini pemimpin belia dari pelbagai universiti yang diketuai oleh bekas pemimpin majlis pelajar UiTM, Abang Mohd Hafizie Abang Buns berkata bahawa Challenger bukan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahupun dengan mana-mana universiti.

“Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam perdana menteri.

“Challenger tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia,” katanya.

Mengulas tindakan Challenger yang telah mempertahankan ahli parlimen PKR Rafizi Ramli, yang didakwa ‘menyerang’ Tabung Haji, Hafizie berkata ini adalah bukti bahawa kumpulan berkenaan adalah sekutu pembangkang.

Menurutnya, keputusan Challenger untuk mempertahankan The Edge dan Sarawak Report juga bukti bahawa kumpulan berkenaan mengeluarkan kenyataan secara tergesa-gesa tanpa terlebih dahulu menentukan fakta.

“Semua tuduhan yang dilempar ke atas perdana menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.

“SPRM dan peguam negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain.

“Keputusan peguam negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah,” katanya.

Hafizie berkata kumpulan yang diterajuinya juga mengakui kepimpinan Najib yang sehingga kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Najib,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS