Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DJ tetap pertahan diminta beri laluan pada anak Najib
Diterbitkan:  Mar 8, 2016 2:00 PM
Dikemaskini: 6:11 AM

DJ Aly dan Fila dari Mesir mempertahankan kenyataan mereka diminta berhenti memainkan set lagu masing-masing di kelab malam Zouk Singapura bagi memberi laluan supaya set anak Datuk Seri Najib Razak diputarkan.

Fila atau nama sebenarnya Fadi Wassef Naguib hari ini menulis versi beliau di Facebook berkaitan persembahan Sabtu lalu yang ditetapkan antara 1.30 hingga 3.30 pagi.

Katanya, ketika tiba pada jam 1 pagi dan beliau dimaklumkan boleh terus memainkan set lagunya walaupun masa kontraknya tamat pada jam 3.30 pagi.

Pada masa yang sama, beliau berkata dimaklumkan terdapat tetapi orang kenamaan (Norashman) akan hadir pada malam itu.

Bagaimanapun, pada jam 3,30 pagi, beliau mendakwa ditanya sama ada bersedia memainkan set lagu bersama-sama tetamu kenamaan (VIP).

“Jawapan saya mudah, tidak mungkin.

“Saya terus mainkan, kemudian 15 minit selepas itu 'Byden' beritahu saya kena berhenti kerana pemilik baru mahu tetamu VIP mainkan (set lagu),” katanya.

Fila menegaskan tiada sebarang salah faham, malah Zouk tidak meminta maaf atas kejadian itu.

Selepas kekecohan di media sosial, Zouk Singapura semalam menafikan mengganggu separuh jalan persembahan kedua-dua DJ itu.

Pembantu Rosmah Mansor menjelaskan Norashman tidak meminta membuat persembahan di Zouk tetapi hadir atas jemputan pengurusan kelab malam itu.

“Mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa (untuk dia membuat persembahan)," jelas Rizal dalam catatan di Facebook malam tadi.

Insiden Sabtu lepas itu tersebar di media sosial, dan sebuah video yang berkaitan dengannya disiarkan di Facebook dan YouTube.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Zouk menafikan bahawa DJ itu diganggu di tengah-tengah persembahan, walaupun kenyataan itu tidak membuat sebarang rujukan kas kepada Norashman.

Dalam video itu, Fila yang berang memberitahu hadirin: "[...] Nampaknya Zouk mahu mainkan set orang lain."

Perkara itu menyebabkan hadirin membantah dengan ejekan.

"Bukan sahaja itu - tetapi nampaknya dia anak seorang perdana menteri. Terima kasih banyak-banyak, nikmati trek (lagu) terakhir saya.

"Kita akan berjumpa di tempat lain pada masa akan datang. Tetapi, tidak di Zouk lagi! Kerana saya tidak akan main di Zouk lagi. Mereka hina saya, tetapi saya sayang anda semua," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS