Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berikrar tidak akan tunduk kepada mereka yang ingin menjatuhkannya selepas ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said cuba membentangkan usul undi tidak percaya terhadapnya.
“Kepada mereka yang ingin jatuhkan saya dengar baik-baik. Saya tak takut dan saya tak akan tunduk.
“Biar berdepan cabaran menggunung, biar tiba tentangan hebat, saya tak akan menyerah kalah.
“Biar mati berkalang tanah, biar ada yang berpaling tadah, saya tidak akan mengalah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Ahmad Razif berkata antara perancangan lawan dengan perancangan Allah, perancangan Allah adalah yang terbaik dan kepada Allah beliau berserah.
Semalam Ahmad tSaid membuat kejutan apabila membawa usul undi tidak percaya terhadap Razif.
Bagaimanapun Speaker Dewan Undangan Negeri Satuk Mohd Zubir Embong menolak usul itu, dengan alasan keperluan menghantar notis 14 hari tidak dipatuhi.
