Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan yang melabelkannya sebagai a hipokrit kerana bersama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Lim, yang telah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun, berkata dia sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya.

"Hiprokit? Ada orang tuduh saya tidak mempunyai prinsip, bahawa saya oportunis.

"Selama 50 tahun, saya tidak pernah tertarik dengan jawatan dengan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk aktif, jadi tidak ada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik sekarang," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara Selasa lalu.

Lim berkata beliau bekerjasama dengan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tindakan itu demi kebaikan negara ini.

"Menjadikan rakyat lebih bersatu, masyarakat yang adil dan negara makmur adalah prinsip yang saya pegang seluruh hidup saya," katanya.

Menurutnya, bahawa bekerjasama dengan Mahathir tidak bermakna beliau telah melupakan mengenai tindakan lalu bekas perdana menteri itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, adalah penting untuk tidak dikekang oleh peristiwa lampau dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini.

"Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan atau pun memberi tumpuan kepada masa lalu," katanya.

Lim dan Mahathir adalah seteru politik ketat sejak beberapa dekad lalu.

Penampilan mereka bersama-sama pada majlis pelancaran gerakan Selamatkan Malaysia, Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak dan kedua-dua mereka dituduh mengkhianati perjuangan masing-masing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS