Pelantikan seorang timbalan perdana menteri kepada jawatan perdana menteri hanya tradisi, dan bukannya mengikut undang-undang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Abdullah Ahmad Badawi) meletak jawatan pada 2009 dan Najib Razak, sebagai timbalan perdana menteri, mengambil alih.

"Ini adalah tradisi, bukan kerana terdapat sebarang peruntukan atau undang-undang tertentu," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Tulisan terbarunya itu sebagai mengulas kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga adalah naib presiden Umno tetapi dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ini bermakna bahawa jika Najib berundur, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya dan juga adalah sekutu Mahathir berpeluang merebut jawatan tertinggi parti untuk menjadi perdana menteri baru.

[Baca berita penuh]