Syarikat penerbangan Firefly milik Malaysia Airlines perlu memohon maaf kepada orang ramai berikutan iklan kontroversinya yang dikritik kerana memaparkan anggota tubuh wanita, kata seorang wakil rakyat pembangkang.

"Tidak mencukupi bagi Firefly untuk hanya menarik balik 'iklan punggung', dan memberitahu orang ramai yang iklan mereka tidak bertujuan untuk 'menyinggung sesiapa'.

"Sekurang-kurangnya, Firefly perlu memohon maaf kepada wanita di negara ini," kata Kampung Tunku ADUN Lau Weng San dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Firefly sebagai tindak balas kepada bantahan orang ramai berhubung iklannya yang memaparkan punggung dua wanita, memberitahu Malaysiakini , syarikat itu tidak pernah bertujuan menyakiti hati sesiapa.

Firefly telah mengeluarkan iklan berkenaan dari laman web.

Ironinya, slogan iklan itu berbunyi, "Oops, kami lakukannya lagi."

Lau berkata ini bukan kali pertama Firefly menjalankan kempen berbaur seksis itu.

[Baca berita penuh]