827,921 dilarang ke luar negara sejak 2011
Sejumlah 827,921 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara kerana disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen atas pelbagai kesalahan sejak 2011, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ini termasuk 200,727 orang disenaraihitam atas kesalahan bankrap dan 118,892 orang disenaraihitam kerana kesalahan yang melibatkan pinjaman pendidikan, katanya dalam jawapan bertulis di parlimen atas kapasiti sebagai menteri dalam negeri.
"(Seramai) 520 orang atas kesalahan keselamatan dan 507,782 orang atas kesalahan lain-lain.
“Semua orang disenaraihitamkan adalah dilarang daripada meninggalkan negara kecuali mereka mendapat kebenaran pihak berkuasa yang berkenaan dengan kesalahan yang dimaksudkan," katanya dalam jawapan Parlimen pada 10 Mac.
Beliau menjawab soalan Er Tech Hwa (DAP-Bakri) yang ingin tahu jumlah warga negara yang telah disenaraihitam dan dilarang meninggalkan negara serta alasan tindakan berkenaan.
[Baca berita penuh]

