Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Portal Malaysian Insider ditutup mulai tengah malam ini
Diterbitkan:  Mar 14, 2016 12:23 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Portal berita The Malaysian Insider ( TMI ) akan ditutup berkuat kuasa tengah malam hari ini.

Editornya, Jahabar Sadiq berkata pemilik syarikat berkenaan, The Edge Media Group membuat keputusan berkenaan atas sebab-sebab komersial.

"Mungkin sesuai kita tidak lagi bersiaran pada permulaan Ides Mac (15 Mac)," kata Jahabar dalam satu artikel yang disiarkan di laman web portal berkenaan.

"Saya berharap kami sudah memberikan khidmat terbaik kepada anda sejak hari pertama penerbitan langsung kami pada 25 Februari, 2008. Dan saya berharap yang lain akan terus memberikan perkhidmatan kepada anda ketika ketiadaan kami."

Sambil menegaskan bahawa mereka telah menjalankan tugas sebagai wartawan yang tidak berat sebelah dalam memaklumkan kepada rakyat Malaysia berhubung sesuatu keputusan, Jahabar mengeluh khidmat mereka di TMI kini berakhir dalam masa "Malaysia memerlukan lebih banyak lagi kejelasan, ketelusan dan maklumat."

Walau bagaimanapun, Jahabar mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan mereka, termasuk kritikan dalam tempoh lapan tahun sejak portal itu ditubuhkan.

“Saya tidak akan berhenti menulis, saya tidak akan berhenti merakamkan gambar, saya tidak akan diam dan saya tidak akan pejam mata atau memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Dan saya minta anda buat perkara yang sama.

“Dan saya akan selalu jadi peminat tegar portal berita yang bernama The Malaysian Insider,” akhirnya.

Sehingga hari ini, portal TMI masih disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS