Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Canberra timbulkan isu tangkapan wartawan dengan Putrajaya
Diterbitkan:  Mar 14, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Kerajaan Australia akan membawa isu tangkapan dua wartawannya minggu lalu kepada “peringkat tertinggi” kerajaan Malaysia, lapor Associated Press ( AP ).

Menurut AP , Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata Canberra akan menimbulkan cara wartawannya dilayan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Kami akan lakukan apa yang terdaya bagi menyelesaikan isu ini dan membuat perwakilan di peringkat tertinggi dalam kerajaan Malaysia.

"Saya sentiasa mengambil berat di mana terdapat kes tindakan keras ke atas kebebasan bersuara dalam demokrasi khususnya dan saya juga prihatin dengan kebebasan wartawan yang perlu menjalankan kerja mereka di seluruh dunia, jadi ini adalah perkara yang kita akan timbulkan dengan kerajaan dari semasa ke semasa dan kami pasti akan berbuat demikian dengan Malaysia,” kata Bishop kepada pemberita di Fiji.

Menurut laporan itu, wartawan, Australian Broadcasting Corp ( ABC ) Linton Besser dan jurukamera Louie Eroglu ditahan di Kuching, Sarawak pada Sabtu lau selepas cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dikatan cuba untuk menemubual Najib berhubung tuduhan rasuah.

Bagaimanapun polis Malaysia dalam satu kenyataan media semalam, berkata mereka ditahan kerana menyeberangi garisan keselamatan dan menghampiri perdana menteri secara "agresif".

ABC menafikan tuduhan itu dan mendakwa kru tidak bertindak luar dari batasan.

Kedua-dua mereka dibebaskan tanpa sebarang dakwaan semalam, tetapi dilaporkan diberitahu supaya tidak meninggalkan negara ini selepas pasport mereka dikembalikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS