Kerajaan hari ini menegaskan bahawa dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan peribadi daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

“Dana tersebut diberikan kepada beliau (Najib) tanpa apa-apa balasan.

"Pada bulan Ogos 2013, wang sejumlah AS$ 620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan oleh perdana menteri kerana dana tersebut tidak diguna pakai," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulisnya.

Beliau menjawap soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang meminta perdana menteri menyatakan siapakah penderma dan tujuan wang RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Dalam soalan bertulis parlimen Khamis lalu, Hee juga menyoal jumlah wang yang telah digunakan dan bagaimana baki wang itu dikembalikan.

Pada Disember 2015, Najib berkata tiada syarat-syarat lain dilampirkan berhubung sumbangan RM2.6 bilion yang diberikan kepadanya itu.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salak laku dan rasuah.

[Baca berita penuh]