Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah: Kematian pelajar bukan kerana strok haba
Diterbitkan:  Mar 15, 2016 6:34 AM
Dikemaskini: 10:41 PM

Kematian seorang pelajar lelaki tahun akhir di Kolej Vokasional Seri Manjung berpunca daripada masalah jantung dan bukannya disebabkan strok haba seperti yang diviralkan dalam aplikasi Whatsapp, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie berkata hasil bedah siasat menunjukkan pelajar itu mengalami masalah jantung yang tidak normal.

"Kemungkinan juga pelajar terbabit ada masalah kesihatan lama... jadi kematiannya tiada kaitan sama sekali dengan strok haba," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Pada Ahad lepas, seorang pelajar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan kematian itu menjadi viral kerana dikatakan berpunca daripada strok haba.

Strok haba terjadi akibat paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius iaitu melebihi daripada suhu normal badan manusia kira-kira 37 darjah Celcius.

Antara tanda awal simptom strok haba ialah kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS